* Latih anak bertanggungjawab terhadap barang-barang sendiri seperti beg
sekolah, buku teks, alat tulis, buku tulis dan sebagainya.
* Beri peluang anak jalin hubungan baik bukan sahaja dengan ahli keluarga tetapi juga bukan keluarga dan rakan sebaya untuk memupuk kemahiran bergaul dan berjaya di sekolah.
* Beri peluang anak jalin hubungan baik bukan sahaja dengan ahli keluarga tetapi juga bukan keluarga dan rakan sebaya untuk memupuk kemahiran bergaul dan berjaya di sekolah.
* Gunakan bahasa yang sempurna di rumah kerana penguasaan sesuatu bahasa dengan baik dapat membantu meningkatkan kefahaman anak di sekolah.
* Asuh anak tentang kemahiran berpakaian khususnya apabila bertukar pakaian untuk latihan jasmani serta cara melipat dan menyimpan pakaian di tempat selamat.
* Latih anak menggunakan tandas secara betul seperti amalan beristinjak, menanggalkan pakaian dan memakai semula serta amalan mencuci tangan selepas ke tandas.
* Selain mengajar menggunakan telefon awam, bekalkan anak-anak dengan nombor telefon yang betul dan minta mereka hafal beberapa nombor seperti rumah, pejabat atau telefon bimbit.
* Terangkan keadaan bagaimana mereka boleh menghubungi ibu bapa seperti sakit perut, demam, tertinggal bas, waktu persekolahan tamat lebih awal dan sebagainya.
* Latih anak-anak menyampaikan pesanan yang betul dalam bentuk lisan atau bertulis agar apa yang dipesan guru kepada ibu bapa dapat diingat dengan betul.(buku pesanan) .
* Terangkan keadaan bila dan bagaimana untuk meminta bantuan guru atau orang dewasa seperti terjatuh, terluka, dipukul murid dan sebagainya.
* Perkenalkan anak dengan nilai wang dan banyak mana yang patut diberi apabila membeli makanan di kantin sekolah.
* Latih anak mengawasi waktu bila seharusnya mereka patut bangun tidur, mandi, gosok gigi, dan berpakaian untuk ke sekolah.
* Ajar anak anda cara membaca jadual waktu sekolah. Mulakan dengan menunjukkan buku-buku berkaitan dan mengemaskannya untuk anak anda.
Contoh jadual waktu kelas.
No comments:
Post a Comment