Apabila bercakap tentang air minuman yang terbaik untuk tubuh, masih
ramai yang belum mengetahui tentang hal ini. Ini kerana sebahagian besar
pengetahuan kita hanya tertumpu kepada fungsi asas air minuman sahaja
iaitu air sebagai penghilang dahaga, namun peranan air adalah lebih
daripada itu.
Jika anda memerlukan air yang minuman yang terbaik, anda memerlukan
air menyihatkan malah boleh memberikan kesan positif kepada kesihatan.
Jawapannya ada pada air alkali. Air alkali mengandungi kandungan mineral
beralkali seperti kalsium, magnesium dan kalium yang baik untuk fungsi
tubuh badan kita. Ia juga dapat menyeimbangkan paras keasidan dan
kealkalian di dalam badan kerana ia berkait dengan tahap kesihatan.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa punca kita menghidap sesuatu
penyakit adalah disebabkan kandungan asid yang tinggi di dalam badan
yang boleh menyumbang kepada penyakit. Selain itu, tabiat pemakanan
kebanyakan rakyat Malaysia seperti mengambil makanan segera dan air
berkarbonat juga menyumbang kepada keasidan di dalam badan.
Berikut adalah beberapa khasiat air alkali yang dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan kesihatan badan:
1. Air alkali meneutralkan kadar asid berlebihan di dalam badan
Kebanyakan makanan yang kita ambil mengandungi kandungan asid.
Makanan-makanan seperti daging merah, keju, pasta dan minuman
berkarbonat boleh merendahkan nilai pH di dalam badan dan seterusnya
meningkatkan tahap keasidan di dalam badan.
Hanya di coway terdapat 2 suhu air alkali (sejuk & suhu biasa). |
Walaupun asid diperlukan oleh badan contohnya dalam sistem pencernaan
yang memerlukan asid untuk mencernakan makanan, namun kandungan asid
yang berlebihan dan tidak terjaga boleh mendatangkan penyakit.
Menurut Dr.Mona Harrison, Pengarah Majlis Air Antarabangsa mengatakan
bahawa virus dan agen jangkitan lain tidak boleh hidup di dalam
persekitaran alkali. Sel yang sihat akan bersifat alkali dan sel yang
rosak atau tidak sihat akan bersifat asid.
Oleh itu, air beralkali boleh menstabilkan kembali paras pH badan
supaya tidak terlalu berasid dengan meningkatkan kembali tahap pH supaya
pH badan kembali beralkali.
2. Air alkali menyingkirkan sisa toksin dari dalam badan dengan berkesan
Toksin biasanya lebihan atau sisa yang beracun kepada badan. Ia
datang daripada makanan, sisa ubat-ubatan dan hasil kumuh. Ia perlu
dikeluarkan segera dari dalam badan ia boleh memudaratkan badan serta
mendatangkan penyakit.
Air beralkali adalah larutan yang sesuai untuk mencuci dan
mengeluarkan toksin dari sistem perkumuhan seperti air kencing dan
peluh. Ia lebih sesuai berbanding air paip atau air yang telah dimasak
kerana ia mudah diserap di dalam sel-sel badan dan lebih berkesan untuk
menyingkirkan toksin.
3. Tubuh badan tidak akan mengalami masalah kekurangan air
Molekul air beralkali adalah dalam bentuk kelompok yang lebih kecil
berbanding molekul air biasa. Dengan ini, ia dapat diserap ke dalam
tisu-tisu badan dengan mudah dan kekurangan air di dalam badan dapat
dikurangkan.
Proses ini dinamakan penghidrasi. Ia penting untuk memastikan tubuh
badan sentiasa mengandungi air yang cukup untuk sistem tubuh badan dan
kemandirian hidup. Jika badan kekurangan air, sel-sel badan tidak akan
dapat menjalankan proses osmosis dengan berkesan.
Dengan meminum air beralkali, anda akan mendapat keperluan air yang
mencukupi, bukan sahaja untuk menghilangkan dahaga, malah boleh
memberikan kesihatan yang optimum.
4. Kanser tidak dapat hidup di dalam keadaan beralkali
Tahukah anda bahawa kanser boleh hidup di dalam keadaan yang kurang
oksigen? Menurut Dr. Otto Warburg yang telah menerima Hadiah Nobel pada
tahun 1923 telah menemui punca kepada berlakunya kanser di dalam tubuh badan.
Beliau mendapati bahawa sel kanser adalah anaerobik (tidak bernafas
dengan oksigen) dan tidak boleh hidup di dalam keadaan oksigen yang
tinggi.
Keadaan oksigen yang tinggi adalah keadaan di mana tubuh badan yang
mengandungi ion hidroksi yang tinggi yang juga dikenali sebagai
beralkali. Apabila badan dipenuhi dengan air alkali, sel-sel kanser akan
tidak aktif dan tidak boleh hidup di dalam medium tersebut.
5. Penawar kepada masalah kesihatan
Menurut kajian dari Universiti Gifu, Jepun mendapati bahawa air
beralkali mampu mengurangkan masalah asid refluks yang mengganggu
seseorang yang mengalami masalah gastrik, cirit-birit dan angin yang
berlebihan.
Jika seseorang yang mengalami masalah kesihatan yang kronik seperti
kanser, masalah kencing manis, hipertensi dan strok, dengan mengamalkan
air alkali, ia mengandungi zat mineral yang diperlukan oleh badan serta
dan seterusnya dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit yang
dialami. Ini kerana badan kita dapat menyerap sumber mineral yang
terkandung dalam air alkali dan membantu meneutralkan kadar asid dalam
badan.
6. Air alkali adalah ejen antioksidan yang unggul
Punca kebanyakan penyakit yang sering berlaku adalah disebabkan
kehadiran bendasing yang dipanggil radikal bebas. Maksud ‘bebas’ di sini
adalah ia mengandungi lebihan elektron pada sel-selnya yang apabila
bergabung dengan sel-sel badan, ia akan menyebabkan sel-sel badan itu
rosak.
Untuk menghalang proses ini daripada berlaku, ejen antioksidan
diperlukan untuk ‘menangkap’ radikal bebas ini dan meneutralkan kesannya
dengan menggabungkan elektron (dari ejen antioksidan) kepada radikal
bebas ini.
Air alkali mengandungi lebihan elektron yang membolehkan ia bertindak
sebagai ejen antioksidan yang terbaik. Ia akan menukarkan radikal bebas
itu kepada oksigen di mana oksigen ini akan digunakan untuk proses
penghasilan tisu-tisu badan dan pengangkutan sel darah merah ke seluruh
badan.
Penapis air coway model inception sedia didapur rumah untuk berkhidmat setiap masa. |
7. Air alkali membantu pengurangan berat badan
Detoksifikasi merupakan langkah terbaik untuk membersihkan bahagian
dalaman badan daripada toksin yang mengundang kepada masalah kesihatan.
Air alkali mengandungi lebihan elektron yang membolehkan ia bertindak
sebagai ejen antioksidan yang terbaik.
Ia akan menukarkan radikal bebas itu kepada oksigen di mana oksigen
ini akan digunakan untuk proses penghasilan tisu-tisu badan dan
pengangkutan sel darah merah ke seluruh badan.
Air beralkali mampu membantu untuk mengurangkan masalah berat badan
dengan meneutralkan asid-asid yang berlemak seterusnya menyingkirkan
dari tubuh badan.
8. Keajaiban Perubahan Pada Molekul Air Setelah Didoakan
Air juga mampu memberikan kesan positif kepada badan apabila
dibacakan sesuatu perkataan kepadanya. Menurut kajian yang telah
dijalankan oleh Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama, Jepun
mendapati kristal air boleh berubah apabila dibacakan sesuatu ayat
dengan perasaan tertentu.
Apabila air dibacakan dengan perkataan ‘cinta’, ‘aman’ dan apa-apa
perkataan yang positif, kristal air akan berbentuk seperti hablur yang
indah dan cantik. Namun, apabila air dibacakan dengan perkataan negatif
seperti ‘benci’,’sedih’ dan ‘perang’, kristal air akan menghasilkan
bentuk yang tidak menarik dan terpecah-pecah.
Penemuan ini membuktikan bahawa air boleh menyimpan memori dan dapat
mempengaruhi manusia berdasarkan ayat-ayat yang dibacakan kepadanya.
Fenomena ini juga sinonim dengan amalan air jampi umat Islam yang
membacakan ayat-ayat suci al-Quran pada air. Sememangnya kalimah Allah
boleh memberikan kesan positif kepada pengamalnya apabila air tersebut
diminum sesuai dengan air yang menjadi sumber kepada benda hidup seperti
yang diceritakan di dalam al-Quran di dalam surah Al-Anbiya’ ayat 30
yang bermaksud,“Dan dari pada air, Kami jadikan segala sesuatu yang hidup”.
Secara ringkasnya, air beralkali memberi banyak manfaat kepada
kesihatan badan yang berupaya untuk sentiasa berhidrasi, mencegah dan
membantu merawat pelbagai masalah kesihatan yang kronik. Dengan
menggantikan air mineral biasa dengan air alkali
sebagai minuman harian, ia adalah langkah yang lebih baik kerana ia
mengandungi sumber mineral yang bermanfaat untuk kesihatan badan.
No comments:
Post a Comment