Anak yang enggan ke sekolah adalah suatu
masalah yang normal yang sering dihadapi oleh kebanyakkan ibu bapa,
terutamanya bagi anak sulung yang pertama kali masuk sekolah (Sekolah
Pra mahupun Darjah satu)
Banyak sebab menjadi punca kepada masalah ini.
Mungkin kerana anak merasa takut atau tertekan untuk datang ke sekolah, hal ini akan memberi kesan kepada si anak.
Kadang-kadang kita mengambil ringan tentang tekanan yang dihadapi oleh anak ini.
Perkara ini perlu diambil perhatian
kerana ia bukan sahaja menjejaskan emosi kanak-kanak tersebut, bahkan
mampu menjejaskan sistem tubuh anak seperti selalu mengalami sakit
kepala dan sakit perut.
Yang pasti, mesti ada sesuatu sebab
kenapa mereka tidak mahu pergi sekolah. Contohnya tidak suka pada guru
yang garang, dibuli rakan, takut berpisah dengan ibu dan sebagainya.
Selidiki punca masalah; apakah sebab
anak tidak mahu pergi sekolah. Pujuk dan tanya kenapa dia tidak mahu
pergi sekolah; adakah sebab kena buli, takut kawan atau guru atau
sebagainya.
Antara langkah yang boleh kita lakukan dalam menangani masalah anak tidak mahu ke sekolah adalah:
1. Seelok-eloknya sebelum sekolah
bermula, anak sudah didedahkan dengan cerita mengenai sekolah baru
supaya emosinya lebih bersedia. Ceritakan suasana positif dan
keseronokan di sekolah, seperti ada ramai kawan,“guru yang baik, ada
taman permainan dan sebagainya.
2. Kita sendiri sebagai ibu bapa perlu
cekal apabila menghantar dan meninggalkan anak buat pertama kali kerana
emosi kita banyak mempengaruhi emosi anak.
3. Cuba
berfikiran positif dan elakkan daripada menunggu anak dalam kelas
terlalu lama. Perkara ini akan menyukarkan proses
penyesuaian. Tinggalkan saja anak sebaik menghantarnya ke tadika
walaupun dia menangis. Usah bimbang kerana biasanya anak akan diam
selepas ibu atau bapa pulang. Apabila ditinggalkan, insya-Allah dia akan
mula bergaul dengan kawan lain.
4. Pastikan juga kita tidak lewat
mengambil anak pulang dari tadika atau sekolah terutamanya pada minggu
pertama. Biasanya kanak-kanak akan berasa takut apabila melihat kawan
sudah pulang.
5. Beri ganjaran (umpan) kepada anak
yang tidak mahu ke sekolah dengan sesuatu yang disukai sekiranyanya dia
rajin ke sekolah tetapi elakkan daripada mengumpan anak dengan jajan dan
mainan yang mahal. Teruslah menghantar anak ke tadika secara konsisten.
Tidak konsisten akan melambatkan proses penyesuaian.
6. Buat kerja rumah dan ulangkaji
bersama-sama. Tanya hal-hal aktiviti, siapa kawan dia di sekolah dan
sebagainya. Tunjukkan minat dan sokongan anda terhadap persekolahannya.
Mungkin juga dia tidak suka pakaian
sekolahnya yang tidak selesa. Tudung yang panas contohnya. Oleh itu
belikan mereka pakaian dan tudung yang selesa dipakai. Pihak TSC ada
menyediakan tudung yang sangat selesa untuk anak anda.
7. Sebagai ibu bapa, banyak berdoa untuk
kesejahteraan anak. Selalu membaca surah as-Syura ayat
19 dan Ali Imran, ayat 200 untuk melembutkan hati anak dan supaya
mereka senang belajar. Puan juga boleh amalkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya
Quyyum dan Ya Latif’.
Beri kepercayaan kepada guru untuk mendidik anak kita. |
Sekiranya anak terus meragam,
sentiasalah bersabar dan memujuk mereka dengan banyak berbual, bermain
dan bercerita. Ia boleh meredakan banyak masalah emosi anak.
Setiap kanak-kanak adalah berbeza dan
mengambil masa yang berbeza untuk menyesuaikan diri. Jangan khuatir
kerana fitrah anak-anak memang suka kepada alam persekolahan.
Semoga bermanfaat. Dengan izin Allah.
-BERITA BAIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA-
PROMOSI ZERO PENDAFTARAN BAGI SEMUA MODEL PENAPIS AIR COWAY
SEPANJANG BULAN JANUARI 2018
NORMAL YURAN RM 200.00
KINI RM 0.00
PENAPIS AIR COWAY MODEL PETIT (RM120/BULAN)
No comments:
Post a Comment