Naffnang

Tuesday, January 9, 2018

Kepentingan Sarapan Pagi

SARAPAN adalah sajian awal perlu diambil setiap hari. Pengambilannya satu kemestian yang tidak boleh dipandang mudah.

Sajian ini membekalkan tenaga sepanjang hari untuk lebih cergas dan produktif.

Ramai tidak menyedari kepentingan sarapan kepada kesihatan. Apabila kita bangun tidur, paras glukosa dalam darah agak rendah. Jadi, dengan pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang sewaktu sarapan membekalkan tenaga mencukupi bagi memulakan hari dengan lebih cergas.
Kaitan sarapan dengan kesihatan badan tidak dapat dinafikan kepentingannya.

Kajian yang diterbitkan Jurnal Penyelidikan Obesiti mendapati 78 peratus responden berjaya mengurang dan mengekalkan berat badan dengan pengambilan sarapan secara berterusan.

Waktu dan pilihan makanan yang sesuai:
- Sebaiknya, ambil sarapan selepas jam 7 pagi dan sebelum jam 9 pagi.

- Elakkan menggabungkan sarapan dan makan tengah hari (brunch).

- Pemilihan sarapan terutama yang kaya karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar.

- Kawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.

- Sarapan tidak perlu terlalu berat, cukup sekadar segelas susu, sekeping
roti atau sedikit bijirin.

- Otak memerlukan sarapan untuk merangsang pemikiran dan mencergaskan minda.

- Karbohidrat diambil pada waktu pagi merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan memberikan kesan positif kepada otak.

- Kesan lebih ketara dalam kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan kaya karbohidrat kompleks, mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan baik.

- Kajian Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia 10 hingga 12 tahun mendapati, mereka yang mengambil sarapan kurang menghadapi masalah berat badan berlebihan.

Makanan sesuai untuk sarapan:

PISANG
 Pengambilan pisang sebagai menu pilihan sarapan digalakkan. Teksturnya lembut dan mudah hadam. Pisang mengandungi karbohidrat yang mampu membuatkan perut berada dalam keadaan kenyang untuk tempoh lama.

TEMBIKAI
Mempunyai kandungan air yang banyak sesuai dimakan sebagai sarapan kerana dapat memenuhi keperluan air untuk tubuh. Selain itu, tembikai juga kaya lycopene yang berfungsi menyihatkan mata, jantung dan menghalang kanser.

TEMBIKAI SUSU
Mengandungi vitamin A dan C untuk membekalkan nutrisi kepada tubuh.

SECAWAN TEH PANAS
Jika anda tidak gemarkan kopi, gantikan dengan secawan teh panas setiap pagi. Teh mengandungi sumber antioksidan yang berperanan meningkatkan sistem imunisasi tubuh.

TELUR
Sesuai dimakan waktu pagi kerana mudah dihidangkan. Telur juga kaya protein dan vitamin D.

STRAWBERI
Sesuai kerana mengandungi sumber antioksidan, vitamin C, asid folik dan serat. Berperanan meningkatkan kesihatan jantung.

SECAWAN KOPI TANPA GULA
Minum kopi dalam kuantiti sewajarnya dapat menurunkan risiko terkena penyakit diabetes atau kanser prostat. Kopi mengandungi kafein serta antioksidan yang diperlukan tubuh untuk menghalang penyakit itu.




 Sarapan pagi yang sesuai dan seimbang.



Makanan tidak sesuai untuk bersarapan

ROTI TELUR
Dimasak dengan minyak yang banyak dan dengan roti putih yang mengandungi karbohidrat tinggi.

DONAT
Tinggi kandungan gula dan kalau digoreng, tinggi kandungan kolesterol.

KENTANG GORENG
Terlalu berminyak. Gantikan dengan kentang lenyek yang kurang kalori.

TELUR GORENG
Tidak sesuai kerana berminyak. Gantikan dengan telur rebus atau telur separa masak.

KEK
Kandungan gula dan lemak yang tinggi.

NASI, NASI LEMAK ATAU NASI GORENG
Sajian ini terlalu berat membuatkan mata menjadi mengantuk.

BURGER
Kurang berkhasiat dan berlemak.

MI SEGERA
Tidak berkhasiat untuk dijadikan sarapan pagi.


Makanan yang berminyak tidak sesuai untuk sarapan pagi. 



Sumber: Berita Harian

No comments:

Post a Comment