Ekzema
Apa itu ekzema?
Ekzema biasanya ia terjadi pada bayi/kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit).
Keadaan radang pada kulit disertai
dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan
seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan
kegatalan.
Ekzema selalunya terdapat di muka,
pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat
akan menjadi berkerak.
Ekzema di bahagian muka. |
Biasanya kanak-kanak mendapat ekzema
sebelum berumur 5 tahun. Kebanyakan kanak-kanak akan membesar tanpa
masalah ini jika mereka tidak menghadapi alahan atau asma. Ianya
bukanlah satu jangkitan.
Apa penyebab ekzema?
- Keturunan.
- Buka alahan tetapi mempunyai pelbagai pencetus.
- Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar.
- Ia juga boleh terjadi akibat perkara-perkara seperti berikut:-
- Infeksi virus.
- Bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi.
- Lain lain jangkitan.
- Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan.
Apakah tanda tanda dan gejala ekzema?
Ekzema kelihatan seperti:
- Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki.
- Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit.
- Bengkak kecil yang berair.
Bagaimana ekzema boleh dirawat secara perubatan?
Minta nasihat doktor untuk menentukan diagnosa. Doktor akan membuat rawatan seperti berikut:
- Ubat pencegah gatal seperti antihistamin.
- Losyen pelembab, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan.
- Zrim Steroid digunakan untuk kes-kes yang teruk .
- Antibiotik jika terdapat jangkitan kuman.
Rawatan di atas hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda tetapi bukan untuk penyembuhan.
Bagaimana cara saya boleh menolong anak saya?
- Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman.
- Elakkan mandi air panas/suam.
- Elakkan memakai baju berlapis-lapis.
- Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis.
- Elakkan dari fabrik yang kasar.
- Jangan gunakan sabun apabila mandi.
- Gunakan krim pelembab selepas mengelap anak anda.
- Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor.
Sumber: MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia
Pelembut Air Spa.
Khas untuk Kulit yang Lembut.
1. Melenyapkan sisa klorin dan menapis kuman yang membahayakan kulit.
2. Melembutkan kulit dan mencegah kehilangan kelembapan kulit .
3. Mengurangkan kedutan kulit.
4. Mengurangkan sel-sel kulit mati dan kelumumur,
1. Melenyapkan sisa klorin dan menapis kuman yang membahayakan kulit.
2. Melembutkan kulit dan mencegah kehilangan kelembapan kulit .
3. Mengurangkan kedutan kulit.
4. Mengurangkan sel-sel kulit mati dan kelumumur,
Harga Outright : RM2,100
Ansuran Kad Kredit: RM58 (36 Bln)
* 1 tahun servis percuma.
Harga Sewabeli : RM75 /bln
* 5 tahun servis percuma.
Cara Pembayaran:
1. Bayar Tunai/Kad Kredit bayar penuh/Cek – (untuk harga outright).
1. Bayar Tunai/Kad Kredit bayar penuh/Cek – (untuk harga outright).
2. Installment Kad Kredit (0% interest) – (untuk harga outright).
3. Bayar bulan-bulan sambil guna – (untuk harga sewabeli *Auto debit saving account/kad debit/kad kredit).
No comments:
Post a Comment