Naffnang

Thursday, January 25, 2018

Oh!!! Nak Cantik & Sihat (Air Alkali)

Apabila bercakap tentang air minuman yang terbaik untuk tubuh, masih ramai yang belum mengetahui tentang hal ini. Ini kerana sebahagian besar pengetahuan kita hanya tertumpu kepada fungsi asas air minuman sahaja iaitu air sebagai penghilang dahaga, namun peranan air adalah lebih daripada itu.
 
Jika anda memerlukan air yang minuman yang terbaik, anda memerlukan air menyihatkan malah boleh memberikan kesan positif kepada kesihatan.

Jawapannya ada pada air alkali. Air alkali mengandungi kandungan mineral beralkali seperti kalsium, magnesium dan kalium yang baik untuk fungsi tubuh badan kita. Ia juga dapat menyeimbangkan paras keasidan dan kealkalian di dalam badan kerana ia berkait dengan tahap kesihatan.



Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa punca kita menghidap sesuatu penyakit adalah disebabkan kandungan asid yang tinggi di dalam badan yang boleh menyumbang kepada penyakit. Selain itu, tabiat pemakanan kebanyakan rakyat Malaysia seperti mengambil makanan segera dan air berkarbonat juga menyumbang kepada keasidan di dalam badan.


Berikut adalah beberapa khasiat air alkali yang dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan kesihatan badan:


1. Air alkali meneutralkan kadar asid berlebihan di dalam badan


Kebanyakan makanan yang kita ambil mengandungi kandungan asid. Makanan-makanan seperti daging merah, keju, pasta dan minuman berkarbonat boleh merendahkan nilai pH di dalam badan dan seterusnya meningkatkan tahap keasidan di dalam badan.

Hanya di coway terdapat 2 suhu air alkali (sejuk & suhu biasa).


Walaupun asid diperlukan oleh badan contohnya dalam sistem pencernaan yang memerlukan asid untuk mencernakan makanan, namun kandungan asid yang berlebihan dan tidak terjaga boleh mendatangkan penyakit.


Menurut Dr.Mona Harrison, Pengarah Majlis Air Antarabangsa mengatakan bahawa virus dan agen jangkitan lain tidak boleh hidup di dalam persekitaran alkali. Sel yang sihat akan bersifat alkali dan sel yang rosak atau tidak sihat akan bersifat asid.


Oleh itu, air beralkali boleh menstabilkan kembali paras pH badan supaya tidak terlalu berasid dengan meningkatkan kembali tahap pH supaya pH badan kembali beralkali.


2. Air alkali menyingkirkan sisa toksin dari dalam badan dengan berkesan


Toksin biasanya lebihan atau sisa yang beracun kepada badan. Ia datang daripada makanan, sisa ubat-ubatan dan hasil kumuh. Ia perlu dikeluarkan segera dari dalam badan ia boleh memudaratkan badan serta mendatangkan penyakit.


Air beralkali adalah larutan yang sesuai untuk mencuci dan mengeluarkan toksin dari sistem perkumuhan seperti air kencing dan peluh. Ia lebih sesuai berbanding air paip atau air yang telah dimasak kerana ia mudah diserap di dalam sel-sel badan dan lebih berkesan untuk menyingkirkan toksin.


3. Tubuh badan tidak akan mengalami masalah kekurangan air


Molekul air beralkali adalah dalam bentuk kelompok yang lebih kecil berbanding molekul air biasa. Dengan ini, ia dapat diserap ke dalam tisu-tisu badan dengan mudah dan kekurangan air di dalam badan dapat dikurangkan.


Proses ini dinamakan penghidrasi. Ia penting untuk memastikan tubuh badan sentiasa mengandungi air yang cukup untuk sistem tubuh badan dan kemandirian hidup. Jika badan kekurangan air, sel-sel badan tidak akan dapat menjalankan proses osmosis dengan berkesan.


Dengan meminum air beralkali, anda akan mendapat keperluan air yang mencukupi, bukan sahaja untuk menghilangkan dahaga, malah boleh memberikan kesihatan yang optimum.


4. Kanser tidak dapat hidup di dalam keadaan beralkali


Tahukah anda bahawa kanser boleh hidup di dalam keadaan yang kurang oksigen? Menurut Dr. Otto Warburg yang telah menerima Hadiah Nobel pada tahun 1923 telah menemui punca kepada berlakunya kanser di dalam tubuh badan. Beliau mendapati bahawa sel kanser adalah anaerobik (tidak bernafas dengan oksigen) dan tidak boleh hidup di dalam keadaan oksigen yang tinggi.

Keadaan oksigen yang tinggi adalah keadaan di mana tubuh badan yang mengandungi ion hidroksi yang tinggi yang juga dikenali sebagai beralkali. Apabila badan dipenuhi dengan air alkali, sel-sel kanser akan tidak aktif dan tidak boleh hidup di dalam medium tersebut.



5. Penawar kepada masalah kesihatan


Menurut kajian dari Universiti Gifu, Jepun mendapati bahawa air beralkali mampu mengurangkan masalah asid refluks yang mengganggu seseorang yang mengalami masalah gastrik, cirit-birit dan angin yang berlebihan.

Jika seseorang yang mengalami masalah kesihatan yang kronik seperti kanser, masalah kencing manis, hipertensi dan strok, dengan mengamalkan air alkali, ia mengandungi zat mineral yang diperlukan oleh badan serta dan seterusnya dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit yang dialami. Ini kerana badan kita dapat menyerap sumber mineral yang terkandung dalam air alkali dan membantu meneutralkan kadar asid dalam badan.


6. Air alkali adalah ejen antioksidan yang unggul


Punca kebanyakan penyakit yang sering berlaku adalah disebabkan kehadiran bendasing yang dipanggil radikal bebas. Maksud ‘bebas’ di sini adalah ia mengandungi lebihan elektron pada sel-selnya yang apabila bergabung dengan sel-sel badan, ia akan menyebabkan sel-sel badan itu rosak.


Untuk menghalang proses ini daripada berlaku, ejen antioksidan diperlukan untuk ‘menangkap’ radikal bebas ini dan meneutralkan kesannya dengan menggabungkan elektron (dari ejen antioksidan) kepada radikal bebas ini.


Air alkali mengandungi lebihan elektron yang membolehkan ia bertindak sebagai ejen antioksidan yang terbaik. Ia akan menukarkan radikal bebas itu kepada oksigen di mana oksigen ini akan digunakan untuk proses penghasilan tisu-tisu badan dan pengangkutan sel darah merah ke seluruh badan.

017.6582874
Penapis air coway model inception sedia didapur rumah untuk berkhidmat setiap masa.


7. Air alkali membantu pengurangan berat badan


Detoksifikasi merupakan langkah terbaik untuk membersihkan bahagian dalaman badan daripada toksin yang mengundang kepada masalah kesihatan. Air alkali mengandungi lebihan elektron yang membolehkan ia bertindak sebagai ejen antioksidan yang terbaik.


Ia akan menukarkan radikal bebas itu kepada oksigen di mana oksigen ini akan digunakan untuk proses penghasilan tisu-tisu badan dan pengangkutan sel darah merah ke seluruh badan.


Air beralkali mampu membantu untuk mengurangkan masalah berat badan dengan meneutralkan asid-asid yang berlemak seterusnya menyingkirkan dari tubuh badan.


8. Keajaiban Perubahan Pada Molekul Air Setelah Didoakan


Air juga mampu memberikan kesan positif kepada badan apabila dibacakan sesuatu perkataan kepadanya. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama, Jepun mendapati kristal air boleh berubah apabila dibacakan sesuatu ayat dengan perasaan tertentu.


Apabila air dibacakan dengan perkataan ‘cinta’, ‘aman’ dan apa-apa perkataan yang positif, kristal air akan berbentuk seperti hablur yang indah dan cantik. Namun, apabila air dibacakan dengan perkataan negatif seperti ‘benci’,’sedih’ dan ‘perang’, kristal air akan menghasilkan bentuk yang tidak menarik dan terpecah-pecah.


Penemuan ini membuktikan bahawa air boleh menyimpan memori dan dapat mempengaruhi manusia berdasarkan ayat-ayat yang dibacakan kepadanya.


Fenomena ini juga sinonim dengan amalan air jampi umat Islam yang membacakan ayat-ayat suci al-Quran pada air. Sememangnya kalimah Allah boleh memberikan kesan positif kepada pengamalnya apabila air tersebut diminum sesuai dengan air yang menjadi sumber kepada benda hidup seperti yang diceritakan di dalam al-Quran di dalam surah Al-Anbiya’ ayat 30 yang bermaksud,“Dan dari pada air, Kami jadikan segala sesuatu yang hidup”.


Secara ringkasnya, air beralkali memberi banyak manfaat kepada kesihatan badan yang berupaya untuk sentiasa berhidrasi, mencegah dan membantu merawat pelbagai masalah kesihatan yang kronik. Dengan menggantikan air mineral biasa dengan air alkali sebagai minuman harian, ia adalah langkah yang lebih baik kerana ia mengandungi sumber mineral yang bermanfaat untuk kesihatan badan.


Bentuk air alkali dengan bacaan ayat positif.




TEMPAH PENAPIS AIR COWAY 
MODEL INCEPTION

TIADA YURAN PROSES

PROMOSI SEPANJANG BULAN 
JANUARI - MAC 2018

SIAP PASANG CUMA RM 195

5 TAHUN SERVIS PERCUMA 

WARANTI PENUH LUAR & DALAM MESIN SELAMA 5 TAHUN
 



Wednesday, January 24, 2018

Memilih Makanan Lebih Sihat Di Sekolah

Isu hangat kebelakangan ini mengenai makanan kantin tidak sihat membuat ibu bapa ragu-ragu dengan jenis makanan yang di jual di kantin sekolah anak-anak mereka. Bagaimanakah ibu bapa boleh mengajar anak-anak mereka untuk memilih makanan yang sesuai dan lebih berkhasiat apabila membeli snek pada waktu rehat di kantin sekolah mereka?

Makanan snek yang diambil oleh anak-anak pada waktu rehat di sekolah bukanlah untuk menggantikan sarapan atau makan tengah hari. Snek yang berkhasiat boleh membantu mengenyangkan mereka sehingga waktu makan tengah hari dan paling penting memberi mereka tenaga yang diperlukan untuk belajar dan melakukan aktiviti di sekolah. 


Piramid makanan.



Untuk mengajar anak-anak anda bagaimana memilih snek yang lebih sihat, anda mungkin perlu mengunjungi kantin sekolah bersama anak anda dan membantunya memilih jenis makanan yang betul. Ikut petua-petua berikut, khususnya jenis makanan yang patut diambil secara lebih kerap sesekali dan seboleh-bolehnya dielakkan sama sekali.


1. Galakkan anak-anak anda lebih kerap mengambil makanan ini :

Snek yang kurang berminyak dan kurang manis, tetapi membekalkan nutrien yang  berguna seperti sandwich dengan inti telur, ayam, sardin atau tuna,kuih apam, pau kukus atau mihun sup dengan sayuran dan daging. Buah-buahan seperti pisang, jambu batu dan epal merupakan pilihan yang baik.
Minuman  yang kurang manis dan berkhasiat juga boleh diambil. Antaranya adalah susu (termasuk yang berperisa), susu kacang soya, jus buah-buahan segar dan minuman yogurt.

2. Ajar anak-anak anda supaya mengambil makanan ini sekali-skala (hadkan kepada 1-2 kali seminggu):

Nasi lemak, nasi goreng atau mi/mihun/kuihteow goreng, mi kari. Makanan ini boleh diambil sesekali kerana ianya membekalkan beberapa nutrien penting tetapi mengandungi lemak yang tinggi . Nasihatkan anak anda supaya makan hidangan kecil sahaja(atau separuh). 

3. Ajar anak-anak supaya mengurangkan pengambilan snek ini (tidak lebih daripada sekali seminggu)

Makanan yang berminyak mengandungi banyak lemak dan garam seperti pisang goreng, burger, sosej, nuget goreng dan kentang goreng.
Makanan dan minuman manis dan mengandungi banyak gula seperti air sirap, kordial buah-buahan, minuman berkarbonat , gula-gula dan kuih muih manis.
Makanan yang mengandungi banyak garam dan perisa, seperti kerepek/keropok dan snek dengan perasa tiruan. 

Akhir sekali ingatkan anak-anak anda supaya sentiasa memastikan makanan yang mereka pilih adalah segar dan bersih dan jangan membeli makanan yang tidak ditutup dengan betul. Jika anda rasa kantin sekolah anak-anak anda tidak menyediakan makanan yang sihat, anda boleh berbincang dengan pihak sekolah semasa mesyuarat PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) tentang cara-cara kantin sekolah boleh membaiki perkhidmatan dengan menyediakan pilihan makanan yang lebih sihat. 


Makanan sentiasa bertutup.

Jika anda khuatir anak-anak anda tidak mendapat makanan yang berkhasiat dari kantin sekolah mereka, anda juga boleh membekalkan snek dari rumah untuk dimakan pada waktu rehat. Dengan cara ini anda boleh pastikan anak-anak anda mendapat segala nutrien penting yang diperlukan untuk menyokong gaya hidupnya yang aktif. 

Sediakan bekal dari rumah untuk anak anda.



Sumber: Harian Metro

Tarik Minat Anak Makan

Kadang kala sukar mengajak anak-anak makan kerana mereka sibuk bermain atau menonton televisyen. Walaupun hidangan yang disediakan menyelerakan tetapi mereka tidak mempedulikan. Bagaimanapun ada pula situasi di mana anak hendak makan tetapi ibu dan ayah pula sibuk dengan kerja lain.

Oleh kerana perlu makan berseorangan, akhirnya anak hilang selera lalu terus tidak makan. Justeru sebagai ibu bapa, anda perlu bijak menarik perhatian anak-anak untuk makan agar mereka mendapat nutrisi yang diperlukan untuk membesar dengan sihat.

Anak hilang selera apabila makan berseorangan.


*Pastikan anda sentiasa ada di sisi anak ketika dia makan.

*Biarkan anak menikmati makanan dengan tenang dan jangan memaksanya untuk menghabiskan makanan dengan cepat.

*Berikan pujian sekiranya dia makan dengan tertib dan dapat menghabiskan makanannya.

*Bercerita dengan anak tentang khasiat makanan yang dimakan dan apa fungsinya kepada dirinya.

*Sebaiknya biarkan anak makan sendiri.

*Pastikan anak makan ketika dia sedang lapar.

*Berikan kuantiti makanan yang mampu dihabiskan oleh anak kerana saiz perutnya berbeza dengan orang dewasa.

Makanan berkualiti untuk anak.


*Elakkan anak makan bersulam air kerana ia hanya akan membuatkan dia cepat kenyang.

*Tetapkan jadual makan yang sama setiap hari agar mereka lebih berdisiplin tentang waktu makan.

*Jangan beri anak makan makanan berat di antara waktu makan utamanya.

Ibu kreatif menyediakan makanan untuk anak.



Tuesday, January 23, 2018

Akhirnya Terbongkar Kehebatan Penapis Udara Coway

  CIRI-CIRI HEBAT PENAPIS UDARA COWAY SECARA UMUM
 
1. Berupaya membersihkan udara seluas 1600sqft.

2. Menghilangkan bau rokok dan meneutralkan molekul asapnya.

3. Mematikan kuman dan bakteria.

4. Membersihkan udara berjerebu.

5. Menyedut bulu halus haiwan peliharaan.

6. Membasmi bau busuk dan hapak.

7. Menghasilkan 'Plasmacluster Negative Ions'.

8. Dilengkapi dengan perbagai sensor dan fungsi seperti:-

    -- Auto Mode

    -- Auto On & Off

    -- Sleep Mode

    -- Silent Mode

    -- Eco Mode

    -- Turbo Mode

9. Indikator kualiti udara yang berubah warna berdasarkan kualiti udara semasa.
10. Stylish & Futuristic.



Storm bulan serendah RM95.00 dengan pakej sewa beli


Pernah kah anda hadapi masalah seperti dibawah ini samada semasa di pejabat mahupun dirumah?


  • Udara dan Asap BERJEREBU
  • Bau Busuk seperti bau asap rokok, Bau haiwan peliharaan, Bau selepas memasak, Bau sampah dan lain-lain bau.
  • Partikel habuk, rambut dan bulu haiwan.
  • Habuk halus, asap Rokok, Bakteria, Virus dan Kuman.
  • Virus Influenza seperti H1N1, Influenza dari manusia dan lain-lain virus yang merbahaya.





Apa yang anda akan dapat sekiranya memasang Penapis Udara Coway?

  • Penapis udara Coway sangat berkesan menyedut habuk-habuk halus & kasar yang berterbangan di ruang udara.
  • Penapis udara Coway berkesan memerangkap bulu-bulu haiwan peliharaan yang berterbangan di ruang udara dalam rumah kita.
  • Penapis udara Coway juga mampu menyerap asap rokok, asap disebabkan oleh jerebu, gas-gas, virus, kuman, bakteria, serta bau-bauan yang tidak menyenangkan.
  • Penapis udara Coway  mempunyai 'indicator light' untuk mengesan kualiti udara di persekitaran.
  • Penapis udara Coway mempunyai keluasan liputan mencecah sehingga 1600 kaki persegi.
  • Anion berkelompok asli.
  • Mempunyai RBD plasma & juga pemangkin antibakteria sistem penapisan meningkatkan kuasa pengoksidaan dan pensterilan.
  • Menguraikan gas berbahaya dan virus.




Pakej Hebat COWAY merangkumi;

  • Penghantaran & pemasangan.
  • Khidmat Nasihat dan rundingan.
  • Jaminan penuh semasa tempoh Sewa Beli.
  • Servis hebat setiap 2 bulan sekali.
  • Penukaran filter secara berkala.
  • Alat ganti dan kos Buruh.




Ada 2 cara untuk memiliki produk Coway mengikut kemampuan anda;



1. Beli Tunai - Termasuk Pakej Lengkap Servis & Penukaran Filter selama 1 tahun (Bayar Tunai / Kredit Kad / 0% Installment Plan).


2. Sewa Beli - Termasuk Pakej Lengkap Servis & Penukaran Filter selama 5 tahun (Kad Kredit / Kad Debit / Akaun Bank / Advance Payment).

Tiada bayaran bagi pendaftaran pemasangan semua jenis penapis udara Coway


Cari Penapis Air Coway Termurah & Berbaloi? Coway Neo Paling Sesuai!!!

Ada pendapat dari Internet mengatakan Coway hanya keluarkan produk dengan tapisan RO. Itu salah. Jawapannya ialah Coway mengeluarkan 3 teknologi tapisan air yang terkini iaitu RO, Nano dan NF Membrane.





Nanotrap boleh dilihat dalam pasaran dijual secara meluas kerana boleh menapis 99% kotoran dalam air. Jangan terpedaya ada yang cakap boleh tapis 99.9% kerana hanya tapisan RO sahaja boleh berbuat demikian. Dengan 99% bersih, air anda selamat dan boleh diminum tanpa was was.
 
Jadi, tak ada alasan lagi untuk melanggan penapis air Coway Neo untuk diletakkan di dapur rumah anda kan? Jom hubungi Helmey di talian 017-6582874 sekarang.

Cara Pindah Coway Ke Rumah Baru

Pakej sewa beli Coway termasuk dengan pemindahan 5 kali selama 5 tahun. Untuk pindah, bawa mesin Coway ke rumah baru dengan lori. 

Kemudian call HQ 03 2059 0188 atau 03 2059 0000 dan berikan order number/IC untuk disemak. Berikan alamat baru untuk relocation.

Coway akan hantar technician untuk pemasangan semula dalam 2-3 hari bekerja. 

Wednesday, January 17, 2018

10 Cara Menghargai Isteri

Hargailah isteri yang sudi berkongsi hidup dengan anda. Pengorbanan dan kesetiaannya tiada bandingan malah mereka tidak pernah mengharap balasan. Sebagai suami, anda harus pandai mengambil hati mereka. Jangan biarkan dia berjauh hati kerana ini akan memberi kesan yang teruk kepada perhubungan itu. Bagi menyemarakkan lagi cinta yang terjalin, suami perlu sentiasa memikat hati si isteri. Jadilah suami yang terbaik dengan mengutamakan isteri berbanding perkara lain.



Sentiasa memeluknya

Biarpun si isteri tidak pernah meminta, tetapi sebagai suami anda harus sering memeluk dirinya. Manjakan isteri anda dengan cara sebegini membuatkan dia rasa dihargai dan disayangi. Isteri juga seperti anak yang suka dimanja.

Bawa anak keluar

Perkara ini nampak mudah tetapi ia sangat memberi kesan kepada isteri yang sepanjang masa menjaga anak. Ubati keletihannya dengan mengambil tugas menjaga anak sebentar. Bagi ruang kepada isteri untuk berehat dan memanjakan dirinya seketika. Pasti dia gembira.

Makan malam di luar

Bagi isteri yang bekerja, pasti membebankan jika perlu menyediakan makan malam selepas pulang dari pejabat. Apa salahnya jika sesekali anda bawa pulang makan malam atau bawa keluarga untuk makan di luar. Pasti keletihannya dapat diubati dengan bantuan kecil ini.

Jadilah lelaki sejati

Jika sewaktu sedang hangat bercinta anda boleh memanjakan isteri anda, Kenapa tidak diteruskan sehingga selepas berumahtangga. Bukakan pintu untuknya dan pegang tangannya setiap kali keluar bersama. Bercakaplah dengan nada yang lembut barulah dia gembira.

Solat bersama

Ramai yang ambil mudah mengenai perkara ini. Tetapi tidakkah anda sedar,dengan menjadi imamnya isteri akan rasa lebih dilindungi.

Jadilah pendengar setia

Isteri anda suka bercakap. Layanlah dia berbual. Dengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya tanpa memberi sebarang komen atau kritikan. Dia mahu meluahkan perasaan kepada seseorang dan suamilah tempat yang paling sesuai untuk dia berkongsi rasa. Isteri gembira suami bahagia bukan?

Hargai dirinya

Tanda penghargaan tidak perlu ditunjukkan dengan memberinya hadiah. anda boleh menghargai pengorbanan si isteri dengan membantunya membuat kerja rumah atau hanya sekadar ucapa terima kasih. Ataupun pujilah kecantikan dan kebaikannya. Dia akan rasa cukup gembira jika anda mampu lakukannya.

Ajak dia keluar

Sekali sekala apa salahnya ajak si isteri untuk keluar berdua dengan anda. Bawalah dia menonton wayang filem kegemarannya atau belanja  dia makan malam romantis seperti waktu bercinta. Pasti dia teruja.

Hormati dirinya

Jangan sesekali memperlekeh atau memperkecilkan si isteri. Setiap pandangan dan peribadinya harus dihormati. Biarpun ada kalanya kata-kata yang dilontarkan tidak munasabah, anda harus menghormatinya. Cuba perbetulkan kesilapannya dengan cara yang lembut dan berhemah supaya dia tidak rasa terhina.

Meminta maaf

Ada sesetengah suami sukar untuk meminta maaf daripada isteri kerana takut ego mereka tercalar. Tetapi sedarlah bahawa ungkapan maaf itu sangat besar kesannnya kepada perhubungan dan ia mampu memujuk si isteri yang sedang berduka. Tidak salah jika sesekali anda mengaku kesilapan diri dan meminta maaf daripada isteri. Anda juga manusia biasa yang tidak sempurna dan sering melakukan kesilapan.


Sumber: Majalah Jelita


Promosi sepanjang tahun 2018