MITOS #1 OSMOSIS BERBALIK MENGELUARKAN MINERAL YANG SIHAT DARIPADA AIR
Minum air adalah untuk penghidratan semula, bukan untuk makanan tambahan bernutrisi, oleh itu minum air bukan cara yang berkesan untuk mendapatkan nutrien. Menurut doktor, minum air osmosis berbalik tidak akan menjejaskan kesihatan. Minum air yang bersih tanpa logam berat adalah pilihan yang lebih baik berbanding dengan air mineral yang mengandungi logam berat. Malah, sayuran dan buah-buahan dalam diet harian kita sudah mencukupi untuk memberikan kita mineral yang diperlukan. Oleh itu, diet yang seimbang adalah cara yang betul untuk mencegah Osteoporosis dan penyakit lain.
MITOS #2 OSMOSIS BERBALIK MENGHASILKAN BANYAK AIR BUANGAN
Air buangan daripada sistem RO adalah bersih dan sama dengan air paip dalam tahap ketulenan. Air ini boleh disalurkan untuk kegunaan menyiram pokok atau disimpan dan digunakan untuk kegunaan isi rumah yang lain.
MITOS #3 AIR RO MENGHILANGKAN MINERAL DARIPADA BADAN SAYA
Tiada mana-mana penyelidikan/ bukti yang membuktikan bahawa air RO akan menghilangkan mineral daripada badan kita. Semua penulen air kami termasuk penapis diikitiraf dan diperakui oleh Persatuan Kualiti Air (WQA). Oleh itu, air yang dihasilkan oleh penulen air kami memenuhi standard dan kriteria untuk semua dan selamat digunakan.
MITOS #4 AIR RO TERLALU BERASID UNTUK BADAN
Sumber air adalah apa yang menjejaskan keputusan pH. Sebaliknya, kami menekankan terhadap sistem penapisan yang boleh menapis keluar pencemar berbahaya seperti logam berat dalam air kita dan menghasilkan air minum yang bersih kepada pengguna kami.
Info tambahan:
1. Lemon (pH3)
2. Oren (pH4)
3. Kopi (pH5)
Juga sangat kerap diambil.
|
1st Hybrid Water Purifier NF Membrane + Alkaline Lonised Alkaline (pH8.5-pH9.5) |